Menerajui bidang E-commerce & Marketing

sebagai pengedar yang berpengalaman luas

memasarkan rangkaian produk yang hebat

Perniagaan Kami

Pico Global Marketing Sdn Bhd (1222570-X) ditubuhkan pada awal tahun 2017 sebagai pengedar produk-produk kecantikan & kesihatan khususnya dari rangkaian jenama Monstet dan Noura Girdle. Kami mempunyai rangkaian usahawan di bawah naungan kami (Team Pico) di seluruh Malaysia untuk memastikan kemudahan para pelanggan kami mendapatkan produk-produk kami yang telah dipercayai dan diyakini ramai.

Industri

Dengan gabungan kepakaran lebih dari 10 tahun di dalam industri kecantikan & kesihatan, setiap individu di dalam Team Pico amat berpengalaman dalam memastikan kepuasan pelanggan dengan produk dan servis kami. Kami lebih menekankan kepada khidmat nasihat pelanggan yang telus dan jelas disamping memberi penyelesaian untuk masalah para pelanggan menerusi rangkaian produk kami yang telah terbukti berkesan, disahkan dan diuji kualitinya

Keusahawanan

Kami telah berjaya melahirkan lebih daripada 50 usahawan baru dengan formula keusahawanan kami yang telah terbukti efektif dan mudah dipelajari khususnya bagi mereka yang baru ingin menceburi bidang keusahawanan ‘online’. Rata-rata para usahawan di bawah naungan Team Pico bermula dari bawah tanpa sebarang pengalaman dan telah berjaya memiliki perniagaan yang kukuh dengan kapasiti pekerja dan pengurusan yang mencukupi

Mencari Peluang Kerjaya Yang Stabil

Sekiranya anda sedang mencari jawatan yang sesuai dengan minat anda untuk jangkamasa yang panjang, Jom sertai kami! Kami sedang mencari mereka yang berjiwa usahawan, berfikiran positif, energetik dan berkeyakinan tinggi untuk berjaya!

Rangkaian Produk

Produk -Produk Terlaris

Monstet Cookies Crunchy

Kategori: Produk kesihatan Pendaftaran KKM: MAL20001779TC

Korset Infrared

Kategori: Produk kesihatan Pendaftaran KKM: MAL20001779TC

Kilo Up

Kategori: "Food"
Pendaftaran KKM: Ianya telah melalui saringan BPFK, tidak perlu KKM kerana ianya bukan kategori ubat-ubatan

Noura Girdle

Kategori: Produk kesihatan Pendaftaran KKM: MAL20001779TC

Le Glowry

Kategori: Produk kesihatan Pendaftaran KKM: MAL20001779TC

G-Less

Kategori: Produk kesihatan
Pendaftaran KKM: MAL20001779TC

Testimoni Pelanggan
“Saya telah 3 kali berurusan dengan perunding pelanggan Pico. Mereka sangat ramah dan membantu saya memberi khidmat nasihat. Bukan tu je, produk yang dijual juga sangat sangat sangat berkualiti!”
Cik Fatin
Teluk Intan Perak
“Kali pertama saya membeli dengan Pico, saya agak terperanjat dengan servis mereka yg sangat pantas. Proses pembelian sangat telus dan saya terus terima barang pada esok harinya”
Puan Zana
Cheras KL
“Beli dengan Pico ni saya rasa lebih yakin. Mudah kalau saya ada nak bertanya apa-apa berkenaan penggunaan produk selalunya saya akan ‘call’ je mereka terus. Lebih pantas dan jelas bila berbual di telefon”
En. Ahmad Razi
Dungun Terengganu
Galeri Aktiviti
Peluang Kerjaya

Di Pico, kami berpegang pada kualiti ‘mengubah kehidupan’ kearah kesihatan dan kesenangan yang lebih baik. Bukan sekadar team kami sahaja, kami juga menambah nilai kepada para pelanggan kami dan amat menitikberatkan kesihatan dan penampilan diri mereka. Kami mengalu-alukan mereka yang berjiwa usahawan, mempunyai semangat dan misi selari dengan prinsip kami untuk menyertai team kami.

3 Sebab Utama Anda Memilih Pico Sebagai Platform Kerjaya:

Mentaliti usahawan yang kami terapkan disokong oleh sistem komisyen, ganjaran dan bonus yang tiada had. Dengan erti kata lain, lebih tinggi daya usaha anda, lebih besar ganjaran pendapatan yang diperolehi.

Memulakan pekerjaan baru di suatu tempat yang baru mungkin menjadi cabaran. Tetapi di PICO kami menyediakan latihan penuh yang amat mudah difahami dan dipraktikkan untuk kerja-kerja harian.

Konsep dan budaya kerja di PICO amat menyeronokkan, lapang dan tenang. Tiada istilah ‘stress’ di dalam aktiviti kerja harian kami di pejabat, mahupun selepas waktu pejabat.

Hubungi Kami

C-3-5 Blok C, Pacific Place,
Jalan PJU 1A/4A, Ara Damansara,
47301 Petaling Jaya, Selangor, MY

                

Hak Cipta Terpelihara © Pico Global Marketing Sdn Bhd 2021
Jawatan Kosong | Peluang Perniagaan |